27 Mei 2017

PEMILIHAN HARI DAN WAKTU BERBEKAM

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda
"Barangsiapa berbekam pada tanggal 17, 19 dan 21 maka itu akan menyembuhkan semua penyakit.”
Namun jika ada sesuatu keperluan pengubatan diperlukan, maka boleh saja di lakukan meskipun di awal bulan mahupun di akhir bulan.

WAKTU YANG TERBAIK UNTUK BERBEKAM
"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan.”

PEMILIHAN HARI YANG TERBAIK UNTUK BERBEKAM
Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah سبحانه و تعالى . Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.
Ada riwayat yang dibawakan oleh Ibnu Majah dalam Sunannya 3478, dari Nafidari Ibnu Umar r.a yang berkata
Wahai Nafi’, berbekamlah dengan berkat dari Allah سبحانه و تعالى pada hari Khamis, berusahalah menghindari berbekam pada hari Rabu,Jumaat dan Sabtu. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa kerana itu merupakan hari di mana Ayyub disembuhkan dari bala dan Allah سبحانه و تعالى menimpakan bala kepadanya pada hari Rabu, kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul selalu pada hari Rabu atau malam Rabu.”

JURUBEKAM MUSLIMAH (BEKAM WANITA)
SETAPAK KUALA LUMPUR
HP : 016-221 2499

Tiada ulasan:

Catat Ulasan