23 Oktober 2011

KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM???

Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.
Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh menimbulkan penyakit.Berbekam pada hari Selasa tanggal 17 adalah ubat untuk penyakit setahun."

2 comments:

Saya ingin tahu: Bagaimana bekam boleh meyebabkan penyumbatan darah bila kita bekam sewaktu kenyang? Apakah yang berlaku dalam tubuh kita ini?

Apa yang saya tahu adalah: Darah dari seluruh tubuh dan juga organ-organ kita aka fokus kepada pencernaan makanan. Saya agak: perjalanan darah di lain-lain kawasan menjadi perlahan, seperti tak aktif sangat. Oleh itu sekirannya bekam dilakukan sewaktu perjalanan darah tidak aktif, ia akan melembabkan lagi perjalanan darah apabila banyak darah telah dikeluarkan?

Tolong jelas dan reply ke email saya di
dr_nurain@hotmail.com
Terima Kasih.

-Ain

bekam sebelum makan akan memudahkan proses penyedutan darah kotor, tetapi bekam selepas makan darah kita sedang aktif dan mengalir laju akan menyebabkan darah bersih keluar sekali,ini akan menyebabkan pesakit td merasa lemah,letih atau lesu...

Catat Ulasan